assalamualaikum...
nk tau x knapa hari ke-4 ni sgt dinanti2kn???sbbbbbbbbbbbbbbbbbb nk g great wall....yeaaaaaaaaaaaay...laporan dh siap so copy paste laporan je lh...hehe...sila lh baca..
9 Disember 2010 Kilang Jade | - Seperti hari-hari sebelumnya, setiap pagi para delegasi akan dibawa untuk sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti lain di salah sebuah restoran china muslim di Beijing. - Seterusnya, para delegasi dibawa ke kilang Jade yang juga terletak di bandar Beijing. - Pengurus kilang Jade tersebut memberi sedikit maklumat mengenai kelebihan batu Jade iaitu paling utama boleh melancarkan peredaran darah dan lain-lain kepada para delegasi. - Selepas itu, para delegasi diberi peluang untuk membeli barang-barang Jade di kilang tersebut dengan harga yang berpatutan. |
Kilang Koyok | - Selepas ke kilang jade, para delegasi dibawa ke kilang koyok pula yang terletak tidak jauh dari kilang Jade. - Kilang Koyok tersebut adalah merupakan kilang utama yang menjual ubat-ubatan di Beijing. - Selepas diberi penerangan mengenai ubat-ubatan yang ada di kilang tersebut, para delegasi diberi peluang untuk membeli ubat-ubatan tersebut. |
Kilang Kristal | - Seterusnya, para delegasi dibawa ke kilang Kristal pula yang juga terletak tidak jauh dari Kilang Jade dan kilang Koyok. - Para delegasi telah didedahkan dengan pelbagai jenis Kristal dan sedikit maklumat mengenai Kristal. - Sebelum meninggalkan kilang tersebut, para delegasi diberi peluang untuk membeli barangan Kristal dengan harga yang berpatutan. |
Tembok Besar China (Great Wall) | - Setelah penat membeli barangan di kilang-kilang yang telah dilawati, para delegasi telah dihidangkan dengan makanan tengah hari yang banyak dan enak di restoran china muslim. - Selepas itu, para delegasi dibawa ke salah sebuah masjid yang terletak berdekatan restoran untuk menunaikan solat. - Seterusnya perjalanan diteruskan ke Great Wall iaitu Tembok Besar China yang dibina kira –kira 2500 tahun dahulu dengan kepanjangan 6700 km. - Ia adalah Tembok yang terpanjang di dunia dengan buatan manusia. - Para delegasi diberi peluang untuk mendaki tembok tersebut selama 1 jam. - Setelah penat mendaki, para delegasi dibawa menikmati makan malam di restoran china muslim. - Seterusnya para delegasi dibawa pulang ke hotel untuk berehat. |
x tau lh ayat2 kt dlm laporan ni btol ke x tp yg penting sblm laporan ni dihantar akan disemak oleh KP terlebih dahulu so xde lh kene wt keje 3 4 kali nnt..huhu...yg penting skng gmbr msti kene ada...br lh sesuai ngan nama blog ni kn...hehe
best sgt dpt g great wall ni...pd mulanya sy ingt sy sorg yg akan mengaku kalah nek byk2 tgga 2 tp disbbkn semangat yg kuat dan jiwa yg kental sy nek jgk...haha...w'pun t'cunggap2 alhamdulillah smpai jugak separuh...8 drp 18 org yg lepas smpai ke atas tp hanya 3 org sahaja yg berjaya smpai ke puncak tidak termasuk sy...hehe..ingtkn pas balik hotel nk rehat2...skali mereka ajak nek subway lh...tanpa rasa penat sy pun join mereka...disbbkn x tau nk g mana so kami g je lh stadium sarang burung utk melihat keindahannya pd waktu mlm...hari yg sgt penat tp sgt mengembirakan hati sy...sekian shj laporan sy utk hari ke-4...smoga kte berjmpe di len hari..sekian(^_^)
No comments:
Post a Comment