ASSALAMUALAIKUM...

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Monday, December 27, 2010

~ hari ke-4 yg sgt dinanti2kn ~

assalamualaikum...
nk tau x knapa hari ke-4 ni sgt dinanti2kn???sbbbbbbbbbbbbbbbbbb nk g great wall....yeaaaaaaaaaaaay...laporan dh siap so copy paste laporan je lh...hehe...sila lh baca..



9 Disember 2010
Kilang Jade
-       Seperti hari-hari sebelumnya, setiap pagi para delegasi akan dibawa untuk sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti lain di salah sebuah restoran china muslim di Beijing.
-       Seterusnya, para delegasi dibawa ke kilang Jade yang juga terletak di bandar Beijing.
-       Pengurus kilang Jade tersebut  memberi sedikit maklumat mengenai kelebihan batu Jade iaitu paling utama boleh melancarkan peredaran darah dan lain-lain kepada para delegasi.
-       Selepas itu, para delegasi diberi peluang untuk membeli barang-barang Jade di kilang tersebut dengan harga yang berpatutan.
Kilang Koyok
-       Selepas ke kilang jade, para delegasi dibawa ke kilang koyok pula yang terletak tidak jauh dari kilang Jade.
-       Kilang Koyok tersebut adalah merupakan kilang utama yang menjual ubat-ubatan di Beijing.
-       Selepas diberi penerangan mengenai ubat-ubatan yang ada di kilang tersebut, para delegasi diberi peluang untuk membeli ubat-ubatan tersebut.
Kilang Kristal
-       Seterusnya, para delegasi dibawa ke kilang Kristal pula yang juga terletak tidak jauh dari Kilang Jade dan kilang Koyok.
-       Para delegasi telah didedahkan dengan pelbagai jenis Kristal dan sedikit maklumat mengenai Kristal.
-       Sebelum meninggalkan kilang tersebut, para delegasi diberi peluang untuk membeli barangan Kristal dengan harga yang berpatutan.
Tembok Besar China (Great Wall)
-       Setelah penat membeli barangan di kilang-kilang yang telah dilawati, para delegasi telah dihidangkan dengan makanan tengah hari yang banyak dan enak di restoran china muslim.
-       Selepas itu, para delegasi dibawa ke salah sebuah masjid yang terletak berdekatan restoran untuk menunaikan solat.
-       Seterusnya perjalanan diteruskan ke Great Wall iaitu Tembok Besar China yang dibina kira –kira 2500 tahun dahulu dengan kepanjangan 6700 km.
-       Ia adalah Tembok yang terpanjang di dunia dengan buatan manusia.
-       Para delegasi diberi peluang untuk mendaki tembok tersebut selama 1 jam.
-       Setelah penat mendaki, para delegasi dibawa menikmati makan malam di restoran china muslim.
-       Seterusnya para delegasi dibawa pulang ke hotel untuk berehat.

x tau lh ayat2 kt dlm laporan ni btol ke x tp yg penting sblm laporan ni dihantar akan disemak oleh KP terlebih dahulu so xde lh kene wt keje 3 4 kali nnt..huhu...yg penting skng gmbr msti kene ada...br lh sesuai ngan nama blog ni kn...hehe


















best sgt dpt g great wall ni...pd mulanya sy ingt sy sorg yg akan mengaku kalah nek byk2 tgga 2 tp disbbkn semangat yg kuat dan jiwa yg kental sy nek jgk...haha...w'pun t'cunggap2 alhamdulillah smpai jugak separuh...8 drp 18 org yg lepas smpai ke atas tp hanya 3 org sahaja yg berjaya smpai ke puncak tidak termasuk sy...hehe..ingtkn pas balik hotel nk rehat2...skali mereka ajak nek subway lh...tanpa rasa penat sy pun join mereka...disbbkn x tau nk g mana so kami g je lh stadium sarang burung utk melihat keindahannya pd waktu mlm...hari yg sgt penat tp sgt mengembirakan hati sy...sekian shj laporan sy utk hari ke-4...smoga kte berjmpe di len hari..sekian(^_^)





No comments:

Post a Comment