ASSALAMUALAIKUM...

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Wednesday, December 29, 2010

~ hari kelima ~

assalamualaikum...
mari baca laporan sy...hehe...
10 Disember 2010
Pusat Kesihatan Perubatan China


-       Pada hari kelima pula, para delegasi dibawa sarapan pagi di restoran dan seterusnya ke Pusat Kesihatan Perubatan China untuk mengurut kaki.
-       Pusat Kesihatan Perubatan China tersebut terletak bersebelahan dengan Stadium Sarang Burung.
-       Para delegasi diberi peluang untuk mengurut kaki dan berjumpa dengan Doktor untuk memeriksa tahap kesihatan melalui tapak tangan.
Silk Market
-       Selepas mengurut kaki, para delegasi dibawa ke restoran untuk menjamu makan tengah hari sebelum ke Silk Market iaitu tempat membeli belah yang terkenal di Beijing.
-       Seterusnya ke masjid untuk menunaikan solat dan terus ke Silk Market.
-       Para delegasi diberi masa selama 3 jam untuk membeli belah di Silk Market.
-       Terdapat banyak kedai yang menjual barang yang sama jenis dengan harga yang berbeza-beza. Juga terdapat pelbagai kedai yang menawarkan produk yang berbeza.
-       Terdapat enam tingkat di dalam Silk Market yang telah diasingkan jenis barangan yang ditawarkan dan ini memudahkan pelanggan untuk memilih jenis barangan yang hendak dibeli.
-       Setelah habis membeli barangan, para delegasi dibawa ke restoran untuk menikmati makan malam dan pulang ke hotel.



















ari kelima ni x byk gmbr sbb g sopeng separuh hari...kami sopeng di market...ramai sgt org so x leh amik gmbar...takut kamera kene curi...haha...bosan pun dh mula timbul ari kelima ni so xde mood pun nk amik gmbr...perasaan time 2 dh x sabar nk balik m'sia!!!huhu...alhambulillah dh smpai dgn slamat...klh itu shj laporan sy utk hari kelima....kte jmpe len kali utk hari terakhir...sekian (^_^)

No comments:

Post a Comment